Hubungi saya:

Hubungi saya:

Thursday, 7 August 2014

TUTORIAL BULAN LEHER DAN JAHIT LAPIK LEHER BAJU KURUNG

MENDRAF GARIS LEHER KURUNG

hah..hari ini baru ade kerajinan nak upload tutorial...jom kawan-kawan lets learn how to lukis bulan leher baju kurung. hok picture bawah ni aku pakai saiz ukur lilit leher @ keliling leher = 17' (inci ye bukan cm)

(cantik tak aku lukis..wakaka...buruk gler kot..layan je la janji faham)

a-b = 1/6 daripada keliling leher
a-d=1/6 daripada keliling leher + 2cm
c-a = 1.5cm
d-e= belahan tengah leher (11cm-13 cm...ikut suke korang la nk panjang mana..tapi 11cm dah cantek dah..ngam2 gituwww)
*GTB= garis tengah belakang
*GTH= garis tengah hadapan
c,b,d= korang bentukkan la janji nampak bentuk separuh bulan gitu..


So nanti a,b, d berada di area GTH (badan hadapan) , manakala a,b,c berada di GTB (badan belakang)


CANTUM DAN JAHIT PELAPIK LEHER


ok ni hasil tekapan bulan leher ke pelapik leher yang telah ditampal dengan kain. pelapik yang bergam tu korang tampal ke kain sebelah dalam(belah salah kata nama lainnye.)
- bentuk V pada belahan tengah tu korang buat 0.25'  kiri dan kanan. kemudian korang garis ke hujung belahan.so that nanti dapat la bentuk belahan tu huruf V
- pastu basi keliling buat 2' (standard tuan guru aku ajar masa kat giatmara dulu..hehe)
-pastu korang pi la jahit tepi keliling basi tu..kang terburai plak benang tu kalo xbrjahit tepi. 

next, lipat dua badan untuk dapat garisan tengah badan. dah siap iron korang bukak la lipatan tu. tujuan iron tu sebab nak dapat garisan tengah tu je


kemudian letakkan pelapik leher tu ke kain sebelah luar yek. pastikan yang bucu belahan tu sama tegak dengan garisan tengah badan dan a,b berada sama lurus dengan garisan bahu.

zoom sikit lg kasik tunjuk..

 ok dah ngam semua, pinkan keliling pelapik tu ke kain. nak jelujur guna benang pun boleh. mana2 la ikut suka. kala dah terer pin je . kalo rasa xkonfiden, lepas pin korang jelujur keliling


 ok next, jahit ler ape lagi. jahit keliling tu hah macam dalam pic atas ni tunjuk

 orait, siap dah jahit keliling, korang gunting plak buat lubang dan bentuk belahan V tu.pastu snap2 sikit kan basi2 tu untuk bagi mudah bentuk bila diterbalikkan nanti

 dah siap gunting kan, so terbalikkan pelapik ke sebelah dalam.
nanti dapatlah hasil macam ni.
pastu korang boleh jahit tindih je kelililing leher tu. siap dah
kalo xclear cmne bentuk jahitan tindih tu, korang bole check baju kurung masing-masing. folo je la. kan senang. hehe...

pelapik sebelah dalam tu korang kemaskan la jahitan dengan jahitan silang pangkah. xpun sembat pun boleh. ikut suka hang la janji kemas. nama pun kemasan kan. tapi yang standard tu guna silang pangkah la


baiklah murid-murid sekian sahaja tutorial tuk hari ini, sebelum aku mengundurkan diri, terimalah sebuah lagu untuk anda semua..akakaka...eh bukan la..nak iklan pola bulan leher ni hah


hah ni die acuan bulan leher yang dah dicustom madekan.
ade saiz 12,13,14,15,16 dan 17 1/2

saiz -saiz ni merupakan saiz standard yang telah biasa digunakan mengikut kesesuaian pemakai

saiz 12= untuk kanak-kanak berumur 0-1 tahun
saiz 13 = untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun
saiz 14, 15 = untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. 
saiz 16= saiz standard dewasa yang bersaiz badan XS, S
Saiz 17 1/2= saiz standard  dewasa untuk  bersaiz badan M, L, XL
XXL bole try saiz 18.( if nak sure sila ukur la keliling leher orang tersebut)

SET ACUAN BULAN LEHER

pola acuan leher yang aku jual adalah seperti picture diatas sahaja
harga RM15 tidak termasuk cas pos ye

- acuan terdiri daripada saiz 12,13,14,15,16,dan 17 1/2 sahaja
-acuan di tekap menggunakan kain staflex keras yang tahan lama dan tidak mudah koyak jika diguna berulang kali (if guna kertas manila kad or sebagainya kompem pakai dua kali terus lunyai)
- akan diberi nota ringkas cara melakar bulan leher. 
- akan diberi kain pelapik leher secara percuma 1 meter ( bergantung kepada stok jika masih ade yek)



4 comments:

  1. Assalamu'alaikum. Sy nak beli acuan leher tu sis..boleh pm tak 0138898468.nama sy liya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah mesej awak ni..sy bru perasan...contact sy 0127179652 by whatsap untuk order sis..

      Delete
  2. sy bru perasan comment awak..awak wsp sy boleh tak dear..0127179652...

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing.. Butuh bahan baju berkualitas dengan harga murah?.. Kunjungi toko kain online kami dan dapatkan penawaran menarik lainnya.. Regards : Fitinline..

    ReplyDelete