Hubungi saya:

Hubungi saya:

Friday, 10 January 2014

KENALI FABRIK PART I: CREPE, JACQUARD, CHIFFON DAN LYCRA


Wihuuuuuuu...im home...

Assalamualaikum,
masuk umah kena la beri salam kan..hehe.

Entry kali ni  nak ceciter pasal fabrik kain plak. Pasal polapol tu nanti-nanti la yek. projek menjahit stop sekejap sebab aku kat kampung ni. balik joho seminggu sbb nak melepaskan rindu kat mak abah tercintun. Konon nak rehatkan otak sebab baru je pas abis blaja kat giat tu kan. Ahad ni balik Kuala Lipis semula la. then balik lipis nnt baru sambung jahit menjahit semula (almaklumler de msin overlock sndiri lo ni, semangat uuuu...nnt aku upload n show  kat korang my mesin overlock tercinta aku tu ye..industri overlock ok...kelas gituwwww....jgn jelesss...wiiiii)

Sebelum balik p.timo ri tu (Sabtu lepas) , aku pi melaka dulu (umah kak long aku). Die de wat kenduri sikit. Mak abah pun de kat umah kak long aku masa tu. So en somi drop aku kat situ, n then ari ahad ptg aku folo mak abah la balik joho, manakala en somi balik ke Kuala Lipis (sebab isnin kat sekola). Ptg tu Kak long bagi kain tuk dijahit,die suh wat kan kurung moden. Fabrik kain tu chiffon rsenya. Tapi xtau la betui ke tak cifon. ofkos kain tu jarang... plak nye xde lining. so odw balik joho, ktrg sggah tangkak tuk beli lining tuk baju kak long aku tu. So aku beli la lining jenis cipon gak. Sambil beli-beli lining tuk kak long aku tu, aku pun merembat 2 meter kain jenis jacquard. murah jo sbb tgh sale kan. beli 2 meter rm12.50 je. berkenan plak aku kain tu. corak batik n permukaan berkilat. cadang nk buat blaus la ofkos. bile beli tu duk pk la best ke ek kain jenis gini. kalo mcm cipon aku tau la sikit2 kain jenis tu mmg comei wat blaus, skirt n ape2 je.. kalo cotton plak aku tau kain serap peluh n sejuk pakai. kalo jacquard cmne plak??berkualiti ke tak?panas ke tak?n mcm2 lagi la. almaklumler masa blaja kat giat tu xde plak blaja teori pasal jenis-jenis fabrik. Kat giat tu tumpu kepada cara buat n jahit baju je. fabrik n kejadah lain mmg xde ajo. so terhad kan. jadinya nak tau pasal jenis fabrik kena la rajin-rajin menyebey. skang dunia dihujung jari. so gugel je kat tenet pasal ciri-ciri setiap fabrik. kan sonang keje...hehe..so ni la hasil telaah di tenet pasal setiap jenis fabrik ni. semua note ni aku olah guna ayat sndiri sdn bhd. tapi fakta tu aku cedok dari mr blogger, artikel dan sbgnya..rojak2 la sonang citer..huhu.. 

lets take a note bebeyhhh..:


FABRIK CREPE

secara amnya, kain jenis ni nipis, lembut. Ia dihasilkan daripada sutera dgn permukaan yang bergerutu. fabrik yang mudah dijaga dan tidak berkedut. Dihasilkan menggunakan teknik alternate S dan Z twist (benang dipintal dgn kesan berkerut). ada beberapa jenis crepe dipasarann antaranya adalah: valentro, baby,valentina dan moss
-valentro: kualiti yang paling baik tuk kategori crepe-crepe ni.i am no 1 la kate kawww..haha..harganya plak kompem la yg paling mahal. sesuai sgt tuk dipakai dimajlis persandingan. nampak cun gitu..
-valentina: biasa macam valentro. tapi gred bawah sikit je dari valentro
- moss: jenis biasa saje. fabriknye lebih tebal, kasar dan berat sedikit.


betul la tu..aku mmg bekenan dgn fabrik crepe ni. ri tu pi satu gedung textiles kat tanah merah kelate and harga sale tuk kain jenis crepe ni sepasang rm150.. wowwiiii..mahainyooo..tapi kain die lembut. corak pun oraitla. haihh teringin plak nk jahit kain crepe ni. `xpo..kang de pitih lebih aku rembat beli 2 meter tuk try test jahit n pki fabrik crepe ni. wuhuuu..

FABRIK JACQUARD

Jacquard: memiliki pola yg ditenun tuk jadi kain, bukan guna teknik cetakan ye. pastu fabrik guna alat khas tuk proses tenunan. Sejarah silamnya kata, alat tenun tu ditemui oleh Joseph Marie Jaquard (nama orang ni). Sebab tu la diberi nama kain jacquard.Ciri-ciri fabriknye adalah seperti berikut; kilap n licin. berkilau n ringan. bahan-bahan plak terdiri daripada poliester, cotton, sutera, wol n linen. kire campuran la ni rasenya.
menjadi kegemaran ramai gak fabrik ni sbb die shining dan terang. tapi problem sikit dalam bab-bab mengiron. guna dry iron la jd mudah sikit nak iron.
ni hah rupa alat tenunnya. hok alohh!!! (tetiba plak...huhu)

la yeke susah nak iron?ok fine..kite see later hasil blaus aku tu nanti. yelah kan aku de beli kain jacquard ri tu kan. tapi aku xsure la jacquard jenis ape. mungkin n kompem yang paling low class la kan..ye la kalo dah 2 meter rm12.50 jek..mmg kompem kelas murahan..muahaha...tapi xpe aku suke kain tu sbb mmg lembut gitu..hehe


FABRIK CHIFFON


Sejarah kata fabrik ni dijumpai bermula pada taun 1938. Bahasa Perancis yang bermaksud kain yang nipis dan ringan.  fabrik diperbuat dari serat sutera pada awalnya. senang citer chiffon boleh terdiri dari gentian seperti sutera (silk), sintetik, kapas, nilon, poliester, rayon. Tapi kebiasaannya terdiri dari nilon dan silk.Tekstur fabriknya bersifat lembut, beralun dan ringan sentiasa  memberi keselesaan yang berpanjangan sesuai  dengan cuaca panas dan lembab. Chiffon sesuai dibuat pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain. Mudah diwarnakan menggunakan dye dengan pelbagai  warna pilihan yang kita kehendaki tetapi ianya agak sukar untuk diwarnakan pada bahan poliester.

silk chiffon (chiffon sutera) : selalu org guna tuk majlis-majlis keraian, baju pengantin, tudung dan skaf, blaus, busana muslimah n sbgnye la. fabriknye ringan,halus, lembut dan beralun ikut gerak badan. tapi awas ye fabrik ni mudah soyok org klate kata (soyok=koyak..kah3). keselesaan yang baik untuk pemakai dan berkualiti. harga paling mahal dikalangan chiffon-chiffon.  fabrik ni juga perlu penjagaan yang lebih rapi. cucian plak perlu cucian kering untuk penjagaan yang maksima

poly chiffon: fabrik campuran poliester @ rayon. lebih kuat dari silk chiffon. boleh hasilkan bentuk drapery mcm sutera gak. permukaan kain lebih licin dan terang. oleh itu, biasa digunakan untuk buat pakaian sbb xmudah koyak.
blend chiffon:  diperbuat daripada tenunan serat campuran antara sutera @ poliester. fabrik lebih elastik, lebih kuat dan berkilau tapi kureng sikit banding silk chiffon.
goldline Chiffon: harga tetap agak mahal kerana teksturnya halus dan teliti. masih menjadi pilihan ramai.
georgette chiffon: gabungan antara chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan . harga plak lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air. fabrik jadi xterlalu jarang.
-----georgette: biasanya terdiri dari silk atau poliester.  tak begitu tembus cahaya, lebih elastik dan  sedikit berat berbanding dengan chiffon biasa. 
double chiffon: kain lebih tebal dan kurang tembus cahaya
Antara jenis chiffon len adalah seperti berikut: hycon, cerruti dan crepe, Viscose, Paris Chiffon. yang ni korang telaah sendiri la yek..ekekekeke...xrajin dah aku nak menyebey.

FABRIK LYCRA (SPANDEX)

Sejarah said fabrik ni dikeluarkan oleh Syarikat Invista (anak syarikat kpd Dupont tu..yang terkenal dlm industri ahan kimia). lycra also called as spandex. bersifat kenyal (boleh meregang 4-7 kali ganda dan bila kita lepaskan ia boleh kembali ke bentuk asal. juga bersifat melekat pada tubuh. fiber plak boleh terdiri daripada: wool, linen, sutera dan cotton. campuran fiber tersebut meningkatkan prestasi kain menjadi lebih baik, meningkatkan fleksibiliti , beri kesejukan dan membentuk kain menjadi lebih fleksibel. struktur kimianya membolehkan fabrik bersifat menyerap peluh, anti parasit, anti fungus dan sebagainya. pemakai lycra kelihatan lebih kasual. lycra juga bersifat elastik, tahan lama, tahan haba panas, lembut, halus, penyerap air yang baik, ketahanan lipatan ( fabrik xyah iron sbb xmudah renyuk). fabrik lycra sangat la femes dalam pembuatan pakaian spt blaus, skirt, jubah,sweater, gaun, baju renang, telekung, tudung, selendang dan sebagainya. lycra terdiri daripada pelbagai jenis spt berikut:

lycra cotton: elastik, lembut, ikut bentuk badan, bersifat berbulu dan mudah koyak.sangat sesuai dijadikan blaus, jubah atau cardigan

 ***coppp...blaus fishtail aku ri tu kan jenis lycra cotton. siyes aku suka lycra cotton ni sbb sifat kekenyalan die xbrapa nak melekat sgt kat bdn bile pakai. so that bila aku pakai tu xde la seksi bebeno ikut gerak/bentuk tubuh. kalo ikut fakta atas ni cakap brsifat berbulu kan? aikkk yeke..apsal blaus aku tu ok je aku tgk. xpe2..nnt kita tgk berbulu ke tak kalo dah 3 4 kali basuh. if not maknanya fakta ni xleh diguna sgt la kan..huhu.. hah korg aku suggest kalo nak wat jubah ke ape guna kain lycra ni boleh la pilih lycra cotton sbb bila pakai xla tertonjol sana sini kat bdn tu. lagi satu pilih yang bercorak. siyesly mmg ok sgt2...

lycra plain:
lycra printed (bercetak)
lycra paisley:
lycra tribal:

tuk lycra-lyca lain kat atas ni aku tak jumpe lagi penerangannye.. nanti la aku telaah lagi ye. dah jumpe kang aku update masuk..hehe..oraitla rasanya cukup la tu kot. sok lusa sambung lagi tuk beberapa jenis fabrik lagi yek..tungguuuuu...







9 comments:

  1. Salam nk tny. Kalau polyester silk panas x... dan sesuai ke buat jubah

    ReplyDelete
  2. wasalam..bru perasan komen sis. ..yup..yup..polyester n silk kain bsifat flowy n sesuai juga buat jubah..silk biasanya xpns..tpi bila dh bcmpur polyester mungkin ade sedikit panas..

    ReplyDelete
  3. hai..nk tny, kain crepe yg sis ckp kt kedai kain tanah merah tu, kain tu da siap jdi baju ke kain masih di kayu perlu dipotong ikot meter??? dan..kain crepe tu jenis apa? moss crepe? ia bercorak ke kosong?? hehe :)

    ReplyDelete
  4. Nak tanya kain jenis poly crepe panas x? Shawl hanis zalikha tu diperbuat dr bahan poly crepe ke?

    ReplyDelete
  5. Nak tanya kain jenis poly crepe panas x? Shawl hanis zalikha tu diperbuat dr bahan poly crepe ke?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Hi....nk tnye...moss crepe ni jenis cepat beberbulu atau benang tertarik x?

    ReplyDelete
  8. Hi....nk tnye...moss crepe ni jenis cepat beberbulu atau benang tertarik x?

    ReplyDelete
  9. Nak tya skit poly cotton ni melekat di badan x

    ReplyDelete